Wednesday, September 12, 2007

SEHARI SEBELUM PUASA

Sehari sebelum Puasa Ramadhan untuk Tahun 2007 ..... seawal jam 4 pagi aku dah bangun bukan kerana semangat nak bersahur tetapi di kejutkan oleh bunyi alarm di belakang rumah . Semua jiran-jiran , jaga dan Polis berkumpul depan rumah aku dan membuat rondaan keliling rumah aku. Almaklumlah kawasan rumah aku sekarang 'black area" .Tempat baru tak ramai org tuh yang senang 'Perampuk" nak masuk ..



Bibik aku rupanya penakut.. dengar alarm bukan nak kejut aku .. Dia dok diam diam dalam bilik dia.. memang lurus .. bini aku pesan kat dia kalau dengar apa-apa duduk diam diam dalam bilik.

Bila dia tahu kami dah bangun dia pun turun sama nak masak nasik untuk sahur.... Nasib baik cepat di halang kalau tak ... mmmm

Okey aku ucapkan Selamat Berpuasa jgn ponteng ponteng kalau tak tahun depan kena Qada ... Bye

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home